Ara Legacy™

… Hope is the most dangerous things in the world …

DKNY Be Delicious 100ml for RM190.00

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , — Defution @ 6:11 PM

Assalamualaikum,

DKNY plok untuk pompuan lagi.. femes sungguh perfume ni pada pompuan no.. haha ok ok, DKNY Be Delicious 100ml berharga RM190.00, di pasaran harganya RM290.00. Beza RM100 kot tu.. hehe jika berminat ni plok, bleh hubungi saya di talian cam besa!! hehe di bawah lew..

Regards,

0195066030 (ara)

Comments (0)


Miss Dior Cherie 100ml for RM190.00

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , — Defution @ 6:06 PM

Assalamualaikum,

Miss Dior Cherie bersize 100ml dan berharga RM190.00. Haaa.. ni perfume nice untuk pompuan, mmg superb ar kalau pakai ni.. hehe jika berminat bleh contact saya di talian cam biasa di bawah.. XD

Regards,

0195066030 (ara)

Comments (0)


POLO DOUBLE BLACK 125ml Harga RM190.00

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , — Defution @ 2:52 AM

Assalamualaikum,

Haaa… model baru.. POLO DOUBLE BLACK bersize 125ml dan berharga RM190.00. Di pasaran ianya berharga RM233.00, mari mari kita beli POLO DOUBLE BLACK plok!! hehe untuk keterangan lanjut or for more details anda boleh hubungi saya di talian di bawah.. sekian wassalam!!

019-5066030 (ara)

Comments (0)


Lancome Miracle Homme 100ml dengan harga RM190.00

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , , — Defution @ 2:38 AM

Assalamualaikum,

Haaa ni perfume untuk pompuan plok!!!~ Kita tukar tukar r.. perfume laki and perfume pompuan plok kan.. hehe haaa nendia..!! Jenama Lancome Paris model Miracle Homme bersize 100ml dengan harga RM190.00. Di kedai currently harganya adalah RM300.00… homak ai.. nak beli ka dengan harga RM300 untuk gepren?? haha renung2kan la k.. jika berminat.. sila hubungi saya di number tertera di bawak or reply post ni k.. ^_^ V

019-5066030 (ara)

Regards,

Ara Legacy

Comments (0)


POLO BLACK 125ml dengan harga RM190.00

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , — Defution @ 2:23 AM

POLO BLACK

Assalamualaikum,

Bermulalah list item yang akan saya letakkan di sini.. haa kita mula dengan Perfume for Guys first, POLO BLACK bersize 125ml berbotol kaler hitam, harga yang saya letakkan di sini ada RM190.00 adalah harga botol, jika anda berada berdekatan dengan saya, insyaAllah tadak masalah untuk saya hantar by hand pada anda. Polo Black di pasaran adalah berharga RM285.00 iaitu harga sekarang, jika anda berminat untuk membeli sila hubungi saya dengan cara mereply post ni or contact saya

019-5066030 (ara)
Lokasi : Kedah/ Penang

Comments (0)


Branded Perfume pada harga RM190.00 ??

Filed under: My Business, Perfume — Tags: , , , , — Defution @ 2:10 AM

Anda minat perfume? tapi tak berapa nak mampu beli kat pasaran yang harga RM300++ ? Haaa nendia ada barang best untuk anda, tapi saya jual perfume ni berperingkat peringkat, banyak persoalan timbul, APSAL MUGHAH SANGAT NIH?? haha ni nak habaq mai, sebenarnya kenapa murah ialah di sebabkan ketika shipping dari luar negara, perfume perfume ni mengalami sedikit kecacatan dari segi calar pada botolnya, tudung botol maybe lose or hilang, oleh yang demikian, perfume perfume ni tak dapat nak dijual di pasaran or di letakkan pada kaunter kat supermarket sebab keadaannya yang sebegitu, tapi sebenarnya, isi di dalam adalah 100% tulen dan tiada sebarang cacat cela, cuba anda bayangkan, dengan harga RM190.00 anda bleh dapat perfume yang setanding dengan kualiti di pasaran, mmg sebijik pon sama cam di pasaran, apa yang berbeza? haa ni nak habaq mai lagi, 1st maybe botol perfume pilihan anda mengalami calar pada kategori minor, 2nd maybe tudung perfume anda ada lose or hilang, 3rd anda tidak akan dapat kotak perfume tersebut sebaliknya kami akan letakkan perfume anda di dalam bekas kain baldu, tu ja.. hanya disebabkan 3 perkara ini, anda harus spend lebih dari seratus or dua ratus? adakah berbaloi?? jika botol calar pada keadaan minor, saya ingat bertanya kepada anda, sapa la nak tengok botol?? pernahkah ada orang bertanya pada anda “wei meh tengok botoi perfume ang sat.. bleh?” haha takkan ada orang tanya tentang botol, sebaliknya, orang akan tanya “wei.. perfume apa ang pakai ni? wangi semacam ja..” haaa itu soklan yang lazimkan akan ditanya.. bukan keadaan botol, kenapa perlu mempertikaikan keadaan botol jika isi dalamnya terang terang berkualiti dan mampu di miliki??

tentang size botol plak, haa kebiasaanya perfume or minyak wangi ni datang dengan pelbagai size kan?? tapi bila saya fikir fikirkan balek, wat pa saya nak beli or jual perfume yang size kecik jika yang size besar pon dah murah?? size botol besar boleh tahan lama.. pada experience saya yang lepas, saya beli perfume Dunhill Fresh botol besar 100ml, alar.. botol kaler hijau tu.. dalam masa setahun baru saya boleh habiskan perfume saya, cuba anda bayangkan selama setahun botol besar anda boleh miliki dengan harga yang berdiskaun lebih daripada 70% dari harga sebenar.. hehe

perniagaan saya mudah, anda beli.. anda pakai.. jika anda rasa produk saya ni tidak berkualiti, next time jangan beli lagi.. hehe sebab sampai sekarang dah lebih dari 3 botol saya sendiri guna untuk harian saya dan alhamdulillah, saya boleh percaya dengan produk ini dan lebih senang saya nak cakapkan kat sini, saya nak bantu kepada sesiapa di luar sana yang teringin nak pakai perfume mahal mahal tapi pada hakikatnya kita tak mampu nak beli di pasaran yang berharga RM300-RM400 kan.. apa salahnya dalam masa setahun anda spend wang anda untuk beli perfume branded yang ber harga hanya RM190 pada size botol yang besar?? amat menguntungkan wor… hehe orait la, nanti kita akan sambung kembali pasal perfume perfume ni.. hehe harap dengan keterangan diatas saya dapat menjawab persoalan persoalan anda yang kurang jelas tersebut.. hehe

Assalamualaikum
Regards,

Ara Legacy

Comments (0)


Tenanglah Wahai Hati

Filed under: Story — Tags: , — Defution @ 2:16 PM

Petikan diambil dari laman sahabat.

Setiap hari kita ketawa. Setiap hari kita jumpa kawan. Setiap hari kita dapat apa yang kita nak.
Tapi..kenapa hati kita tak gembira?

Kita sembahyang setiap hari. Kita berdoa selalu pada Allah. Kita mintak sungguh-sungguh pada Allah. Tapi..kenapa susah sangat doa kita nak makbul? Sedangkan Allah ada berfirman. “Berdoalah pada Ku, nescaya akan Ku kabulkan…,”

Apa masalah kita?

Hati kita tak gembira sebab kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada, sampai kita lupa melihat nikmat sekeliling kita.

Kita berdoa, tapi kenapa payah sangat doa kita Allah nak makbulkan?

Sebab kita asyik meminta pada Allah, tapi kita tak pernah mintak ampun pada Allah, sedangkan dosa-dosa kita terlampau banyak pada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah makbulkan doa kita. Tapi, lepas kita dapat kesenangan kita lupa pada Allah, kita tak bersyukur pada Allah. Bila dah datang kesusahan, baru nak ingat Allah balik. Baru nak menangis, merintih..mintak Allah pandang kita. Macam mana Allah nak makbulkan doa kita?

Cuba kita renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali kita sebut kalimah syukur dalam satu hari? Tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada sebut la..

Pernah kita bangun malam, solat sunat…solat tahajud..solat taubat? Pernah? Ada…waktu zaman sekolah dulu. Itupun, lepas kene ketuk dengan warden, suruh bangun. Lepas tu…ada? Ada…time dah nak exam…waktu rasa result macam ada aura nak fail. Siap buat solat hajat lagi! Lepas dapat result tu, ada tak buat sujud syukur? Hmm…entah la, tak ingat pulak.

Hari-hari kita buat baik. Kita tolong orang. Kita sedekah dekat orang. Kita buat macam-macam. Tapi kenapa kita tak dapat nak rasa kemanisan setiap perbuatan yang kita lakukan tu? Hati kita tetap jugak tak tenang. Kenapa ye? Sebab dalam hati kita tak ada sifat ikhlas. Mulut cakap ikhlas, hati kata lain. Macam mana tu? Kita tolong orang sebab nak harapkan balasan. Nakkan pujian. Nakkan nama. Kita riak dengan setiap kebaikan yang kita buat. Macam mana hati nak tenang? Bila dapat kejayaan, kita bangga dengan apa yang kita ada. Mula nak menunjuk-nunjuk dekat orang. Sampai lupa siapa sebenarnya yang bagi kejayaan tu dekat kita.

Alangkah tidak malunya kita…, Allah ciptakan kita sebagai khalifah di bumi ni. Kitalah sebaik-baik kejadian yang Allah pernah ciptakan sehinggakan semua makhluk sujud pada bapa kita, Nabi Adam kecuali Iblis Laknatullah. Betapa Allah muliakan kejadian manusia. Tapi, kita sendiri tidak memelihara diri kita. Kita lupa tanggungjawab kita sebagai hamba. Kita lupa kepada yang mencipta diri kita. Bahkan, kita alpa dengan nikmat yang ada. Nabi Muhammad s.a.w, pada saat malaikat ingin mencabut nyawa Baginda, Baginda masih memikirkan umat-umatnya. Ummati! Ummati! Sampai begitu sekali sayang Rasulullah pada kita. Tapi kita….? Kita lupa pada Baginda Rasul. Berat benar lidah kita nak berselawat ke atas baginda. Macam mana hati kita nak tenang?
Lembutkanlah hati kita. Tundukkan lah diri kita pada Allah. Bersyukur dengan nikmat yang Allah pinjamkan pada kita. Semua itu tidak akan kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik balik semua itu. Ikhlas kan lah hati dalam setiap perkara yang kita buat.

Sesungguhnya, hanya Allah sahaja yang berkuasa menilai keikhlasan hati kita. Insya Allah, kita akan dapat merasai kelazatan halawatul iman itu sendiri. Tenanglah dikau wahai hati…

Comments (0)


Suami Penentu Kekuatan Sesebuah keluarga.

Filed under: Story — Tags: , , — Defution @ 12:34 AM

Petikan di ambil dari laman sahabat. (6.8.2010)

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke ‘Mahkota Medical Centre’, dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya lenguh-lenguh. Saya tanya dia”mengandung kot?” Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya bawak dia jumpa doktor dan ternyata…. isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya. Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab ‘Kasyaful Mahjub’. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun – ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan berselawat, banyak bersabar.Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu’man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. “Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah “Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan”. Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah’mama’nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah ‘bintang timur’ dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan muncu ‘bintang timur kecil’ dalam hidup saya

-petikan-

Comments (0)


Reminder to all my visitor!

Filed under: Blog History — Tags: — Defution @ 9:04 PM

Assalamualaikum

I just want to remind to all my visitor that u guys need to use English / Malay language in order to post/speak in my Blog, or i will declare it as a spam. I got too many post that use other language, if u guys want to ask something about my topic, please do speak in English or Malay. Or your post will be ignore/know as a spam.

Thank you so much.

Comments (0)


My Songs

Filed under: All songs, My Music — Tags: , — Defution @ 11:50 PM

This is My Favourite Songs.

Duta feat Baizura Kahar – Cinta Antara Kita

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Adam – Jatuh

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

4U2C – Fiona

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Techno – Beautiful Day Electro

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Techno – My Oddysee

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

ST 12 – Saat Terakhir

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

D’ Masiv – Diantara Kalian

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Air – Bintang

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Afgan – Terima Kasih Cinta

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Afgan – Pada Mu Ku Bersujud

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Backstreet Boys – All I Have To Give

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Anang – Separuh Jiwa Ku Pergi

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Green Day – 21 Guns

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Rod Steward – Have I Told You Lately

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Comments (0)


Older Posts »
Valid XHTML 1.0 Transitional© 2008 | Ara Legacy™
'Twilight' Wordpress theme | Powered by Atillus